Monday 3 March 2014

Sejarah awal penubuhan PBSM

Sejarah Awal Penubuhan PBSM
Bermula sebagai pergerakan palang merah pertama kalinya ditubuhkan oleh seorag ahli perniagaan bernama Henry Dunant. Tercetusnya idea ini setelah beliau sedih melihat mangsa perang antara Perancis-Italy dengan tentera Austria di Solferina, Italy utara pada 24 Jun 1959. Jumlah tentera dan orang awam yang terkorban melebihi angka 40,000.
Henry Dunant atau nama penuhnya Jean Henry@Henri Dunant dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan meninggal dunia pada  30 Oktober 1910 di Heiden, Zurich Switzerland. Beliau merupakan seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat.
Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika, beliau menyaksikan pertempuran Solferino di kampung Solferino, Italy kini. Karya beliau ‘A Memory of Solferino’ telah menceritakan keperitan mangsa perang dikalangan orang awam dan tentera Perancis dan Austria.
Buku Kenangan di Solferino, buku ini telah dikirimkan kepada semua ketua kerajaan di eropah tentang penderitaan yang di hadapi tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam. Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak dan mahu merealisasikan dua cadangan Henry Dunant iaitu:
1.       Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.
2.       Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu.
Hasilnya pada 1864 Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan tanpa kehadiran beliau sendiri. Konvensyen Geneva 1964 juga berdasarkan cadangan Henry Dunant dan Jawatan Kuasa Palang Merah Antarabangsa ini.
JAWATANKUASA BERLIMA
Pada 17 Februari  1863, tertubuhlah satu jawatankuasa yang dinamai International Committee for The Relief of The Wounded in Time of War (Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang Cedera Semasa Perang). Jawatankuasa pengasas ini lebih dikenali dengan nama Committee of Five (Jawatankuasa Berlima) kerana ahli-ahlinya ada lima orang iaitu:
  • ·         General Guillaime-Henri Dufour sebagai Pengerusi

  • ·         Jean Henry Dunant sebagai setiausaha

  • ·         Gustave Moynier

  • ·         Louis Appia

  • ·         Thodore Maunoir




Pada 26 Oktober tahun yang sama satu persidangan telah diadakan oleh jawatankuasa ini, iaitu International Geneva Conference (Persidangan Antarabangsa Geneva) dan 16 negara beserta empat institusi menghantar wakil. Penubuhan persatuan seperti cadangan perama Henry Dunant merupakan agenda utama dalam persidangan pertama ini. Cadangan penggunaan lambang palang merah  mula diperkenalkan pada persidangan ini juga. Maka banyaklah Negara mula menubuhkan Persatuan Palang Merah peringkat kebangsaan selepas persidangan ini.
Konvensyen Geneva Pertama 1864
Setahun kemudian, pada tahun 1864, Jawatankuasa Berlima telah menjemput beberapa buah Negara untuk mengadakan pula persidangan antara diplomat bertujuaan untuk mewujudkan konvensyen yang pertama berkenaan undang-undang peperangan seperti cadangan kedua Jean Henry Dunant. Beberapa diplomat dari 12 negara telah hadir dan persidangan ini merupakan Persidangan Diplomat (Diplomatic Conference) yang pertama.
Konvensyen yang terhasil mengandungi 10 artikel dan dinamai Geneva Convention for Amelioration of the Condition of The Wounded Armies in the Field atau lebih dikenali sekarang sebagai Konvensyen Geneva Pertama bagi menghasilkan langkah-langkah yang mungkin untuk memperbaiki rawatan perubatan di medan perang. Di antara cadangan-cadangan yang termaktub di dalam resolusi muktamad persidangan tersebut, yang diterima pakai pada Oktober 29, 1863 adalah:
·         Penubuhan persatuan-persatuan bantuan kebangsaan untuk askar cedera;
·         Keberkecualian dan perlindungan untuk askar cedera;
·         Penggunaan angkatan sukarelawan untuk bantuan pertolongan di medan perang;
·         Penganjuran persidangan-persidangan tambahan untuk menggubal konsep-konsep tersebut ke dalam triti-triti antarabangsa yang sah di sisi undang-undang;
·         Pengenalan lambang perlindungan umum yang tersendiri untuk kakitangan perubatan di medan perang , yakni gelang lengan putih bercorak palang merah.
Setahun kemudian, kerajaan Switzerland mempelawa kerajaan-kerajaan Negara eropah , serta Amerika Syarikat, Brazil, Mexico untuk menghadiri satu persidangan diplomatic rasmi. Sebanyak enam belas buah Negara telah menghantar seramai dua puluh enam orang perwakilan ke Geneva.Pada 22 hari bulan Ogos 1864, persidangan tersebut telah menerima pakai Konvensyen Geneva Pertama “for the amelioration of the condition of the wounded in Armies in the field” (demi memperbaiki keadaan orang cedera dalm angkatan tentera di medan perang). Konvensyen tersebut mengandungi sepuluh perkara, yang telah menetapakan buat pertama kalinya rukun-rukun yang sah di sisi undang-undang yang menjamin keberkecualian dan perlindungan bagi askar-askar yang cedera, kakitangan perubatan di medan perang, dan institusi-institusi kemanusiaan yang khusus di dalam konflik bersenjata. Tambahan lagi, konvensyen tesebut telah mentakrifkan dua keperluan khusus bagi pengiktirafan persatuan bantuan kebangsaan oleh Jawatankuasa Antarabangsa:
·         Persatuan kebangsaan tersebut perlu diiktiraf oleh kerajaan kebangsaannya sendiri sebagai persatuan bantuan mengikut konvensyen tersebut, dan
·         Kerajaan kebangsaan Negara berkaitan mestilah Negara yang telah menandatangani Konvensyen Geneva.
Bagi Konvensyen Geneva yang seterusnya iaitu Konvensyen Geneva 2,3 dan 4 fungsi-fungsinya adalah seperti berikut:
·         Bagi pemulihan anggota –anggota angkatan tentera yang cedera, sakit dan terkandas dalam laut merupakan pengisian Konvensyen Geneva ke-2.
·         Memberi layanan yang  baik terhadap tawanan perang pengisian bagi konvensyen geneva ke-3.
·         Memberi perlindungan kepada orang awam semasa perang adalah pengisiankonvensyen geneva ke-4..


7 Prinsip Palang Merah

1.       KEMANUSIAAN – Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud. Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama, dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.
2.       KESAKSAMAAN – Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya . Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.
3.       KEBERKECUALIAN – Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.
4.       KEBEBASAN – Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang Negara. Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.
5.       KHIDMAT SUKARELA – Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.
6.       KETUNGGALAN – Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit dalam sesebuah Negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh Negara.
7.       KESEJAGATAN – Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.












PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.


Sejarah
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatua Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.


No comments:

Post a Comment