Tuesday, 4 March 2014

Ketika dalam padang kawad

Dengan sini semua sekalian, apabila dapat hukuman tiga barisan di depan saya gerak. Skuad hendaklah sedia, berlari dan berbaris dalam tiga barisan di hadapan di tengah-tengah di mana saya menghadap. Faham tu skuad. (Faham) Jadi tiga barisan cepat gerak. 

Jadikan tiga barisan 
Hukuman: Skuad masuk baris 

Kesalahan biasa: 
- datang beratur tiada berlari 
- bercakap-cakap 
-barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih 

Paras 
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras 

Nombor 
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor! 
Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang......gerak 
Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri......Pusing 
Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan. 
Hukuman : Ke kanan lurus. 

Kesalahan biasa : 
- tidak bilang nombor dengan cepat 
- menyebut nombor dengan suara yang perlahan 
- lupa nombor masing-masing 

Sedia 
Hukuman : Skuad,skuad......sedia 

Kesalahan biasa : 
-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan 
-berdiri tidak tegap dan mata bergerak 
-kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat 
-tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan 
-belakang tangan menghala ke hadapan 
-badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata 
-tidak memandang 200m ke hadapan 
-semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi 

Senang diri 
Hukuman : Senang ......diri 

Kesalahan biasa : 
-siku bengkok 
-lutut tidak tegap dan tiada bertahan 
-jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu 
-menggerakkan kaki kiri 
-pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan 
-jatuh tumit atau hujung kaki dahulu 

Rehatkan diri 
Hukuman : Rehatkan ...... diri 

Kesalahan biasa : 
-kedua-dua tapak kaki bergerak 
-menggeliat dan bercakap-cakap 

Membetulkan barisan 
Hukuman : Ke kanan...... lurus 
Pandang......depan 

Kesalahan biasa : 
-kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus 
-pinggang lemah semasa kaki bergerak 
-badan dan kepala tidak tegak 
-siku bengkok 
-turun tangan dengan lambat 

Buka dan tutup barisan 
Hukuman : Buka barisan......gerak 
Tutup barisan......gerak 

Kesalahan biasa: 
-kedua-dua badan tidak rapat ke badan 
-tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang 
-tangan dan bahu bergerak 
-mata pandang ke bawah 
-badan tidak tegak 

Berpusing 
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing; menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing; menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing 

Kesalahan biasa : 
-badan berlonjak semasa berpusing 
-tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing 
-tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing 
-kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki 
-keberatan badan di atas kaki yang belakang 
-menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang 
-membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang 

Bersurai dan keluar baris 
Hukuman : Ber......surai 
Hukuman : Keluar......baris 

Kesalahan biasa ; 
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris 

Berjalan 
Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit ) 
~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci 
~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci 
~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci 
~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci 

Masa berjalan 
~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit 
~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit 
~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih 
~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit 

Cepat jalan 
Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan 

Ingatan: 
- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya separas bahu. 
- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki. 

Kesalahan biasa : 
-lutut kendur 
-lenggang tidak lurus 
-hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit 
-pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit. 
-apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan juga tidak sama 

Berhenti 
Hukuman : Skuad, skuad...... henti 

Kesalahan biasa : 
- bergoyang selepas berhenti 
-badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti 
-lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti 
-turun tangan terlalu lambat 
- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan 

Pusing ke belakang 
Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing 

Kesalahan biasa : 
- lutut bengkok semasa pusing 
-membiarkan tangan berayun-ayun 
-tidak mengangkat kaki cukup tinggi 
-pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan 

Tukar langkah 
(cepat jalan) 
Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan) 

Kesalahan biasa : 
-melenggangkan bahu dan tangan 
- tidak membongkokkan lutut 
-tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga 

(semasahentak kaki sahaja) 
Hukuman : tukar langkah 

Kesalahan biasa : 
-badan seolah-olah mengeliat 
-terlalu pantas 

Hormat semasa berjalan 
Ke kanan hormat 
Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat 
hadapan hormat 
Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat 

Kesalahan biasa : 
-melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.

No comments:

Post a Comment