Monday, 3 March 2014

JFAC II HARI PERTAMA

JUNIOR FIRST AID CAMP II (JFAC II)
                         HARI PERTAMA

Pada 24-26 januari 2013, komander  pbsm  dengan  kerjasama tenaga  pengajar pbsm  telah  menganjurkan  kem  JFAC II  untuk  para pelatih part 1 & 2.  Pelatih mendaftar  pada  hari khamis tersebut pada pukul 6.30 -7.30 pagi. Pada pukul 8.00 pagi, peserta bergerak dari tapak kem menuju ke stadium gemilang bagi menyamput seruan pihak majlis perwakilan pelajar (mpp) yang telah menganjurkan program perarakan maulidur rasul. Peserta pulang daripada perarakan pada pukul 1.00 tengah hari. Seterusnya peserta membersih diri untuk solat zohor dan selesai solat zohor peserta diberi makan tengah hari. Tepat jam 2.50 petang, peserta diarahkan berkumpul bagi sesi taklimat kem dimana pihak penganjur memperkenalkan nama, jawatan semasa didalam kem dan didalam organisasi serta panggilan seperti cik atau komander. 











Selesai taklimat kem, peserta terus memasang khemah dengan pantauan komander serta jurulatih yang hadir.







Selepas itu peserta diminta mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar secara berjemaah. Selesai solat, tazkirah ringkas diberikan oleh komander yang bertugas. Tepat jam 5 petang, peserta berkumpul untuk sesi riadah yang dikendalikan oleh komander yang bertugas.










Selesai aktiviti riadah, peserta diberi makan malam tepat pukul 6.30 petang.







Selesai makan, peserta berkumpul di dalam surau untuk solat magrib, bacaan yaasin, kuliah magrib serta solat ishak. Selesai solat ishak, peserta diminta berkumpul di depan pentas Kem Rekriasi Gemia. Latihan dalam kumpulan (LDK) 1 dijalankan dimana terdapat aktiviti “Ice Breaking” iaitu peserta berkumpul bersama kumpulan masing-masing bersama fasilitator kumpulan. Ketika ini setiap kumpulan diminta memikirkan nama, lambang kumpulan serta sorakan kumpulan(TRADEMARK). 







Selesai sahaja membentangkan semua sekali, sesi motivasi diri diberi oleh Rejimen Sarjan Mejar (RSM) Komander dan Presiden Komander. Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan cara untuk mengatur masa, cara untuk bekerja bersama orang lain dan cara untuk mengurangkan tekanan. Selesai sahaja sesi tersebut, sedikit permainan dalam kumpulan diadakan iaitu permainan “radio rosak”. Ketika ini peserta bermain dengan sukaria dan berbagai perkataan yang keluar dari mulut peserta. Komander yang ada mengacau peserta untuk memberi sedikit kemeriahan permainan dan keseroronakan permainan terserlah.





 Selesai sahaja permainan tersebut, peserta diberi minum malam dan tidur tepat jam 11.20 malam, Tamatlah sudah aktiviti pada hari pertama sepanjang JFAC II.......




No comments:

Post a Comment