SUKATAN PELAJARAN KAWAD KAKI
Pelajaran :
1
Perkara : Sedia
Pergerakan : Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : Skuad! Skuad
Sedia!
Perbuatan :Tumit rapat sebaris, buka hujung kaki 30
darjah, lutut tegang, badan tegak dengan berat sama timbang di antara kedua-dua
tapak kaki dan tumit, bahu-bahu bawa ke belakang. Tangan lurus ke bawah
siku-siku rapat di rusuk badan, pergelangan- pergelangan tangan lurus dan
hadapan dekat kepada jari telunjuk dan ke belakang sedikit dari garisan jahitan
seluar. Kepala tegak, tengkuk kena leher baju dan memandang terus ke hadapan.
Kesalahan
·
Kedudukan yang
terlalu tegang menyebabkan sedutan nafas terbatas.
·
Tidak sedia dan
menggerakkan mata.
·
Kaki dan badan
tiada menghadap ke hadapan, tumit tidak rapat
·
Lengan tangan
bengkok sedikit dan menjalar ke hadapan.
·
Bahagian belakang
tangan hala ke hadapan dan dengan hal yang demikian membuka tulang belikat dan
menyesakkan dada.
·
Pergelangan
tangan bengkok dan tegang, buka jari telunjuk terlalu ke bawah daripada jari
lain.
Pelajaran : 2
Perkara : Senang diri
Pergerakan : Pertunjukan & penerangan
Hukuman : Senang...Diri!
Perbuatan :
Biarkan kaki kanan tinggal diam dan kaki kiri tegang ke belakang. Angkat kaki
kiri ke hadapan, lutut bengkok, paha paras, bawa kaki kiri ke sebelah kiri dan
hentak ke bumi. Pada masa yang sama bawa tangan di dalam tapak tangan kiri,
ibu-ibu jari bersilang, jari-jari dan tangan lurus menunjukkan arah ke bumi.
Berat badan sama rata di atas kaki kiri dan kanan.
Kesalahan
·
Kegagalan
mengangkat kaki tidak paras dan tidak menghala ke kiri
·
Membengkokkan
lengan-lengan ketika membengkokkan lutut
·
Menggerakkan kaki
kanan dengan menyebabkan barisan jadi tidak lurus o Bengkok pada bahagian
pinggang apabila memperbetulkan kedudukan
·
Kaki
Perkara : Sedia Dari Senang Diri
Pergerakan : Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : Skuad! Skuad Sedia!
Perbuatan : Angkat kaki kiri ke hadapan, lutut
bengkok, paha paras, hujung kaki terjunam ke bumi dan hentakkan kaki kiri di
sebelah kanan sampai dalam kedudukan sedia. Pada masa yang sama bawa kedua-dua
tangan dengan pantas dalam kedudukan sedia.
Kesalahan
·
Angkat kaki tidak
paras
·
Apabila hentak
kaki kiri, kaki kanan bengkok
·
Kedua-dua tangan
mengepak
Pelajaran : 3
Perkara : Rehatkan Diri
Pergerakan : Pertunjukan & Penerangan
Hukuman :
Rehatkan...Diri!
Perbuatan :Kira masa (1,2,3,rehat), kendurkan anggota-anggota badan, bahagian
pinggang ke atas tanpa menggerakkan kaki.
Kesalahan
·
Menggerakkan
kaki, dengan itu menyebabkan hilang lurus barisan
·
Berdiri kuat di
atas kaki sebelah dan bercakap-cakap
Pelajaran : 4
Perkara : Berbaris Dalam
Tiga Barisan
Pergerakan : Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : Tiga
Barisan...Di Hadapan Saya...Gerak!
Perbuatan : Ahli-ahli berbaris dalam tiga barisan dengan jarak di
antaranya 30 inci dan jarak antara ahli-ahli adalah satu tangan. Berkeadaan rehatkan
diri.
Pelajaran
: 5
Perkara : Meluruskan Barisan
Pergerakan : 2 pergerakan
Hukuman : Ke Kanan Lurus
Perbuatan : Skuad Satu
Angkat tangan kanan
paras bahu ahli di sebelah kanan, jari-jari digenggam bahagian belakang tangan
ke atas, pengenggam tangan kena bahu ahli di sebelah kanan.
Skuad Dua
Hentakkan kaki
berturut-turut, pendek-pendek serta luruskan barisan, tentukan tiap-tiap ahli
nampak bahagian bawah muka dua ahli selang darinya. Dengan pantas ahli kanan
barisan tengah dan belakang tentukan jarak di antaranya dengan barisan hadapan
30 inci.
Perkara : Pandang Depan
Pergerakan : Penerangan Sahaja
Hukuman : Pandang Depan
Perbuatan :
Pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke hadapan dan jatuhkan tangan kanan ke
tepi badan, lengan lurus, seperti kedudukan sedia.
Pelajaran :
6
Perkara : Nombor &
Nyatakan
Pergerakan :
Penerangan Sahaja
Hukuman : Nombor!
Perbuatan :
Barisan hadapan sahaja membuat bilangan nombor dengan nyaring dari kanan ke
kiri, bermula dari 'Satu' sehingga selesai.
Perkara : Buka & Tutup Barisan
Pergerakan : 3 Pergerakan
Hukuman : Buka Barisan Gerak
Perbuatan : Skuad Satu
Barisan hadapan
langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci. Barisan belakang langkahkan
kaki kiri 15 inci ke belakang. Kedua-dua tapak kaki rata ke bumi. Lain-lain
anggota diam seperti keadaan sedia.
Skuad Dua
Barisan hadapan
langkahkan kaki kanan sejauh 30 inci ke hadapan dan barisan belakang langkahkan
kaki kanan sejauh 30 inci ke belakang. Tapak kaki kanan rata di atas bumi dan
tumit kaki kiri terjungkit sedikit.
Skuad Tiga
Kedua-dua barisan
hadapan dan belakang membuat pergerakan yang sama di mana kaki kiri dan kanan
dihentakkan berturut-turut dan kembali seperti di dalam kedudukan sedia.
Kesalahan
·
Tangan tidak
tetap di kedudukan sedia
·
Muka tunduk ke
bawah
·
Semasa bergerak
badan bengkok
·
Melangkah
terlampau jauh
Hukuman : Tutup Barisan Gerak
Perbuatan :Barisan
hadapan dan barisan belakang melakukan pergerakan bertentangan bagi setiap
barisan.
Pelajaran : 8
Perkara :
Masuk Baris
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman 1 : Dengar sini penanda dan pelurus barisan,
apabila mendapat hukuman Tanda, Penanda dan pelurus barisan hendaklah sedia, Berjalan
ke hadapan 140 langkah satu minit 14 satu dua henti, Penanda pusing ke kanan,
pelurus barisan pusing ke kiri, Pelurus barisan luruskan penanda, Apabila dapat
hukuman Tanda Diam daripada pelurus Barisan, Penanda pusing ke kiri, pelurus
barisan pusing ke kanan dan senang diri bersama-sama, Faham itu penanda dan
pelurus barisan, Tanda!
Perbuatan :
Penanda dan pelurus barisan sedia berjalan dengan langkah cepat dan lakukan
pergerakan seperti diarahkan.
Hukuman 2 : Skuad! Dengar sini semua sekali, Apabila
mendapat hukuman Masuk Baris, Semua sekali hendaklah Sedia, Penanda dan pelurus
barisan diam, Anda di belakang sana, berjalan ke hadapan 140 langkah satu minit
14 satu dua henti di mana anda sampai, Pandang kanan, angkat tangan kanan
luruskan barisan, Apabila barisan telah lurus, pandang hadapan potong tangan
kanan, Dan senang diri bertiga-tiga dari kanan ke kiri, mengikut kumpulan
masing-masing, Faham itu skuad. Masuk Baris!
Perbuatan :
Penanda dan pelurus barisan sedia, skuad berjalan dengan langkah cepat dan
lakukan pergerakan seperti diarahkan.
Pelajaran : 9
Perkara :
Berpusing & Berpusing Separuh
Pergerakan : 2
Pergerakan
Hukuman : Bergerak ke Kanan/Kiri Bertiga-tiga Ke
Kanan/Kiri Pusing
Perbuatan : Skuad Satu
Dengan pantas
pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kanan/kiri, tapak kaki kanan/kiri
terangkat sedikit, lutut tegang dan anggota lain diam seperti keadaan sedia.
Skuad Dua
Bawa kaki
kiri/kanan ke hadapan, lutut bengkok paha paras, masa yang sama hentakkan kaki
kiri/kanan di sebelah kaki kiri/kanan dalam kedudukan sedia.
Hukuman : Skuad
Akan Menghadap Ke Hadapan/Belakang... Pusing! Perbuatan : Skuad Satu
Dengan pantas
pusingkan kepala, bahu dan badan 180 darjah mengikut arah jam, tapak kaki kiri
terangkat sedikit, lutut tegang dan anggota lain diam seperti keadaan sedia.
Skuad Dua
Bawa kaki kiri ke
hadapan, lutut bengkok paha paras, masa yang sama hentakkan kaki kiri di
sebelah kaki kanan dalam kedudukan sedia.
Pelajaran : 10
Perkara : Bersurai &
Keluar Baris
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : Bersurai & Keluar Baris !
Perbuatan :
Buat pergerakan ke kanan pusing kemudian berjalan tiga langkah ke hadapan dan
terus berjalan bersendirian keluar daripada tempat berkumpul.
Pelajaran : 11
Perkara :
Paras
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman 1 : Yang Tinggi Ke Kanan...Rendah Ke
Kiri...Dalam Satu Barisan Paras
Perbuatan :
Seluruh anggota keluar baris dan kemudian mengaturkan diri mengikut arahan.
Hukuman 2 : Nombor!
Perbuatan :
Skuad membilang nombor dari kanan ke kiri.
Hukuman 3 : Nombor Ganjil Satu Langkah Ke Hadapan,
Genap Satu Langkah Ke Belakang...Gerak!
Perbuatan :
Nombor ganjil tolakkan kaki kiri ke hadapan dan hentakan kaki kanan di sebelah
kaki kiri manakala nombor genap tolakkan kaki kiri ke belakang dan hentakan
kaki kanan di sebelah kaki kiri. Lain-lain anggota diam.
Hukuman 4 : Orang Di Sebelah Kanan Sekali Diam,
Nombor Ganjil Ke Kanan, Genap Ke kiri, Barisan, Kanan Dan Kiri...Pusing!
Perbuatan :
Orang di sebelah kanan sekali diam manakala yang lain berpusing seperti yang
diarahkan.
Hukuman 5 : Jadikan Tiga Barisan Cepat Jalan!
Perbuatan : Semua
berjalan dalam satu barisan, kemudian berpusing menghadap hadapan dan senang
diri bertiga-tiga dari kanan ke kiri.
Pelajaran : 12
Perkara :
Berjalan & Berhenti Dalam Masa Cepat.
Pergerakan : Pertunjukan
& Penerangan
Hukuman : Dari Kiri / Kanan Cepat Jalan!
Perbuatan :
Sentiasa bermula dengan kaki kiri dan langkah ke hadapan sejauh 30 inci. Tangan
lenggang dengan lenggangan ke hadapan mestilah lurus dan paras bahu manakala
lenggangan ke belakang sejauh mungkin.
Kesalahan
·
Apabila berjalan
bertiga-tiga yang tidak betul di antara barisan.
·
Apabila berjalan
dalam barisan, jarak yang tidak betul di antara anggota.
·
Pada setiap masa,
kurang lurus barisan dan lenggang tangan tidak sama, hilang rentak.
Perkara : Berhenti Dari Cepat Jalan
Pergerakan : 3 Pergerakan
Hukuman : Skuad...Henti! Perbuatan : Skuad Satu
Hukuman di beri
ketika kaki kiri jatuh ke bumi. Langkahkan kaki kanan 30 inci, kedua- dua
tangan berlenggang.
Skuad Dua
Bawa kaki kiri ke
hadapan sejauh 15 inci dengan keadaan kaki tergantung, lutut tegang berdiri di
atas kaki kanan, dalam masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan dan
tangan kiri ke belakang.
Skuad Tiga
Hentakan kaki
kiri dan kanan berturut-turut. Pada masa yang sama dengan pantas bawa kedua-dua
tangan ke sisi seperti mana keadaan sedia.
5.13 Pelajaran : 13
Perkara :
Berjalan & Berhenti Dalam Masa Perlahan
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : Dari Kiri / Kanan Perlahan Jalan
Perbuatan : Sentiasa
bermula dengan kaki kiri dan langkah sejauh 30 inci. Hujung mestilah terjunam
ke bumi setiap kali kaki ditolak ke hadapan. Kedua-dua belah tangan diam di
sisi badan dan siku rapat seperti keadaan sedia.
Kesalahan
·
Tumit-tumit
menjejak ke bumi terlebih dahulu
·
Siku terkeluar dari
tepi.
·
Tangan memegang
seluar, oleh itu bergerak pada setiap langkah.
Perkara : Berhenti Dari Perlahan Jalan
Pergerakan : 2 pergerakan
Hukuman : Skuad...Henti!
Perbuatan : Skuad Satu
Hukuman diberi
ketika kaki kanan melalui kaki kiri. Penuhkan kaki kanan 30 inci ke hadapan dan
berhenti. Tapak kaki kanan rata di atas bumi, tumit kaki kiri terangkat
sedikit, kedua-dua lutut tegang, berat badan di atas kaki kanan, muka terus
pandang ke hadapan.
Skuad Dua
Dengan pantas
bawa kaki kiri ke hadapan lutut bengkok paha paras, hentak kaki ke bumi dan
angkat kaki kanan ke hadapan, lutut bengkok paha paras hentak di sebelah kaki
kiri sampai kedudukan sedia.
Kesalahan
·
Angkat kaki tidak
paras
·
Hentakan kaki
tidak padat
·
Tangan kanan
bengkok mengikut paha.
Pelajaran : 14
Perkara :
Langkah Panjang & Pendek
Pergerakan : Pertunjukan
& Penerangan
Hukuman : Langkah Panjang, Cepat/Perlahan Jalan!
Perbuatan : Kaki yang
bergerak hendaklah memenuhi langkahnya dan memanjangkan langkah kepada 33 inci,
bengkok ke hadapan sedikit tanpa mengubah masa.
Hukuman : Langkah Pendek, Cepat/Perlahan Jalan!
Perbuatan : Kaki yang
bergerak hendaklah memenuhkan langkahnya dan selepas itu langkah dipendekkan
kepada 21 inci.
Pelajaran : 15
Perkara :
Langkah Ke Hadapan & Ke Belakang
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : (bilangan) Langkah Ke Hadapan/
Belakang...Gerak!
Perbuatan :
Tolak kaki kiri ke hadapan / Belakang dan hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri seperti dalam keadaan sedia. Lain-lain
anggota diam.
Pelajaran
:
16
Perkara :
Langkah Ke Sebelah
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman :
(Bilangan) Langkah Ke Kiri /Kanan
Perbuatan :
Kiri
Bengkokkan lutut
kiri paha paras dan hentakkan ke kiri sejauh 12 inci, kemudian hentakkan kaki
kanan di sebelah kaki kiri seperti keadaan sedia.
Perbuatan : Kanan
Bengkokkan lutut
kanan paha paras dan hentakkan ke kanan sejauh 12 inci, kemudian hentakkan kaki
kiri di sebelah kaki kanan seperti keadaan sedia.
Pelajaran
: 17
Perkara : Membelok
Pergerakan : Penerangan
Hukuman : Kiri / Kanan Belok!
Perbuatan :
Kesemua ahli di dalam skuad berpusing 90 darjah ke kiri/kanan dengan didahului
oleh ahli di hadapan. Ahli di barisan dalam hendaklah memendekkan langkahnya
manakala orang di bahagian luar sekali hendaklah memanjangkan langkahnya.
Kesalahan
·
Kemungkinan bagi
orang-orang dalam barisan belakang keluar dari tempat membelok
·
Kegagalan
orang-orang tengah membawa berpusing tiap-tiap bahagian
Pelajaran
: 18
Perkara :
Berpusing Ke Kiri / Kanan Dalam Masa Perlahan
Pergerakan : 3
Pergerakan
Perbuatan
: Skuad Satu
Hukuman diberi
ketika kaki kiri melalui kaki kanan. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan 30
inci dan henti. Tapak kaki rata di atas bumi. Dalam masa yang sama bawa kaki
kanan ke hadapan lutut bengkok paha paras.
Skuad
Dua
Dengan pantas,
pusingkan kepala bahu dan badan 90 darjah ke kanan, dalam masa yang sama
hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri, berpusing di atas kaki kanan. Dengan
pantas tolak kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dengan keadaan kaki tergantung
sedikit.
Skuad
Tiga
Penuhkan langkah
kaki kiri ke hadapan 30 inci dan teruskan berjalan dalam masa perlahan jalan
Perkara :
Berpusing Ke Belakang Dalam Masa Perlahan
Pergerakan : 4
Pergerakan
Hukuman : (Tertakluk Kepada Kedudukan Skuad)
Perbuatan : Skuad Satu
Hukuman diberi
ketika kaki kanan melalui kaki kiri. Penuhkan langkah kaki kanan ke hadapan
dengan pantas, pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kanan. Dalam masa
yang sama bawa kaki kiri ke hadapan lutut bengkok paha paras dan hentakkan di
sebelah kaki kanan.
Skuad Dua
Pusingkan kepala,
bahu dan badan 90 darjah ke kanan, dalam masa yang sama bawa kaki kanan ke
hadapan lutut bengkok paha paras dan hentakkan di tengah perut kaki kiri sampai
arah yang baru.
Skuad Tiga
Angkat kaki kiri
ke hadapan, lutut bengkok paha paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan sampai
dalam keadaan sedia. Kemudian tolakkan kaki kanan ke hadapan sejauh 15 inci dan
biarkan ianya tergantung.
Skuad Empat
Penuhkan langkah
kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dan teruskan berjalan dalam masa perlahan
jalan.
Pelajaran : 19
Perkara :
Berpusing Ke Kiri / Kanan Dalam Masa Cepat
Pergerakan : 4
Pergerakan
Hukuman : (Tertakluk Kepada Kedudukan Skuad)
Perbuatan : Kiri Skuad Satu
Hukuman diberi
ketika kaki kanan jatuh ke bumi. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh
30 inci. Kedua-dua belah tangan masih berlenggang.
Skuad Dua
Bawa kedua-dua
belah tangan seperti dalam keadaan sedia. Dalam masa yang sama bawa kaki kanan
ke hadapan lutut bengkok paha paras dan biarkan ianya tergantung.
Skuad Tiga
Dengan pantas pusingkan
kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kiri pusingan di atas kaki kiri. Dalam masa
yang sama hentak kaki kanan di sebelah tumit kaki kiri dan dengan pantas tolak
kaki kiri ke hadapan 15 inci dengan hujung kaki terangkat sedikit, tangan dan
badan diam seperti keadaan sedia.
Skuad Empat
Penuhkan langkah
kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan tumit jatuh dan teruskan berjalan
dalam masa cepat jalan.
Perbuatan : Kanan (Berlawanan dengan pergerakan kiri)
Perkara :
Berpusing Ke Belakang Dalam Masa Cepat
Pergerakan : 6
Pergerakan
Hukuman : (Tertakluk Kepada Kedudukan Skuad)
Perbuatan : Skuad Satu
Hukuman diberi
ketika kaki kanan jatuh ke bumi. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh
30 inci dan berhenti. Kedua-dua tangan masih berlenggang
Skuad Dua
Dengan pantas
bawa kaki kanan ke hadapan dengan keadaan tumit kaki kiri berada di perut kaki
kanan dan kaki kanan tergantung sedikit. Dalam masa yang sama bawa kedua-dua
tangan seperti kedudukan sedia.
Skuad Tiga
Dengan pantas
pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kanan dan berpusing di atas kaki
kanan. Dalam masa yang sama hentakkan kaki kiri di sebelah kaki kanan sampai
kedudukan sedia.
Skuad
Empat
Pusingkan kepala,
bahu dan badan 90 darjah ke kanan, berpusing di atas kaki kiri dan hentakkan di
tengah perut kaki kiri sampai kedudukan sedia.
Skuad
Lima
Skuad
Enam
Penuhkan langkah
kaki kanan ke hadapan 30 inci dengan pacak tumit, lenggang tangan dan terus
berjalan dalam masa cepat.
Pelajaran
: 20
Perkara :
Hentak Kaki Dalam Masa Perlahan
Pergerakan : Pertunjukan
& Penerangan
Hukuman : Hentak Kaki...Perlahan!
Perbuatan :
Sentiasa bermula dengan kaki kiri silih berganti dengan kaki kanan. Hentakkan
tanpa bunyi dengan lutut bengkok paha paras dan hujung kaki bersetentangan
dengan lutut. Kelajuan hentakan ialah 65 hentakan seminit.
Perkara :
Berhenti Dari Hentak Kaki Dalam Masa Perlahan
Pergerakan : Pertunjukan
& Penerangan
Hukuman : Skuad...Henti!
Perbuatan :
Hukuman diberi ketika kaki kanan naik penuh. Hentakkan kaki kanan di sebelah
tumit kaki kiri sampai kedudukan sedia. Lain-lain anggota diam.
Perkara :
Hentak Kaki Dari Perlahan Jalan
Pergerakan : Pertunjukan
& Penerangan
Hukuman : Hentak...Kaki!
Perbuatan : Hukuman
diberi ketika kaki kanan melalui kaki kiri. Penuhkan langkah kaki kanan dan
mula menghentak kaki dalam masa perlahan bermula dengan kaki kiri.
Perkara :
Perlahan Jalan Dari Hentak Kaki
Pergerakan : Pertunjukan
& Penerangan
Hukuman : Maju!
Perbuatan : Hukuman
diberi ketika kaki kanan naik penuh. Hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri
dan mula berjalan dalam masa perlahan dengan kaki kiri.
Perkara :
Hentak Kaki Dalam Masa Cepat
Pergerakan : Pertunjukan
& Penerangan
Hukuman : Hentak Kaki...Cepat!
Perbuatan : Sentiasa
bermula dengan kaki kiri silih berganti dengan kaki kanan. Hentakkan dengan
lutut bengkok paha paras dan hujung kaki bersetentangan dengan lutut. Kelajuan
hentakan ialah 121 hentakan seminit.
Perkara :
Berhenti Dari Hentak Kaki Dalam Masa Cepat
Pergerakan : Pertunjukan
& Penerangan
Hukuman : Skuad...Henti!
Perbuatan : Hukuman
diberikan di atas kaki kanan. Hentakkan kaki kiri dan kanan berturut-turut dan
kembali seperti dalam kedudukan sedia. Lain-lain anggota diam.
Perkara :
Hentak Kaki Dari Cepat Jalan
Pergerakan : Pertunjukan
& Penerangan
Hukuman : Hentak...Kaki!
Perbuatan : Hukuman
diberi ketika tumit kaki kanan mencecah ke bumi. Langkahkan kaki kiri sejauh 30
inci ke hadapan, dengan pantas bawa kaki kanan rapat ke sebelah kaki kiri dan
mula menghentak kaki dalam masa perlahan bermula dengan kaki kiri.
Perkara :
Cepat Jalan Dari Hentak Kaki
Pergerakan : Pertunjukan
& Penerangan
Hukuman : Maju!
Perbuatan : Hukuman
diberi ketika kaki kanan naik penuh. Hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri
dan mula berjalan dalam masa cepat dengan kaki kiri.
Pelajaran : 21
Perkara : Tukar Langkah Dalam Masa Cepat &
Perlahan
Pergerakan : 3 Pergerakan
Hukuman 1 : Tukar Langkah Semasa Berjalan, Tukar
Langkah
Perbuatan : Skuad 1
Hukuman
"Tukar" diberi di atas kaki kiri dan "Langkah" di atas kaki
kanan berturut-turut. Hentakkan kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dalam masa
yang sama bawa kedua-dua tangan rapat ke sisi badan.
Skuad 2
Hentakkan kaki
kanan di sebelah kaki kiri dan tolakkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci
Skuad 3
Penuhkan langkah kaki kiri dan
teruskan berjalan
Kesalahan
·
Apabila berjalan,
·
Menghayun bahu
·
Tidak mengangkat
paha paras dan membengkok lutut
·
Tidak membuat
satu langkah penuh lagi pergerakan
·
Apabila
menghentak kaki
·
Badan membongkok
·
Menambah kadar
berjalan
Pelajaran
: 22
Perkara :
Berlari
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : Dengan Langkah Berlari, Dari Kiri/Kanan
Cepat Lari!
Perbuatan :
Melangkah dengan kaki kiri dan berlari di atas hujung tapak kaki dengan langkah
yang mudah, bongkokkan badan ke hadapan sedikit tetapi memelihara pembawaan
badan yang betul. Kaki hendaklah diangkat dengan kemas dari bumi pada setiap
langkah dan paha, lutut serta sendi-sendi buku lali hendaklah bergerak dengan
bebas. Badan hendaklah bergerak ke hadapan tanpa membuang masa. Tumit tidaklah
diangkat ke arah bumbung tetapi kaki diangkat lurus ke hadapan. Bahagian hujung
tapak kaki di letakkan dengan ringan di atas bumi. Tangan-tangan hendaklah
dibengkokkan supaya lengan di bawah lutut membuat sudut 135 darjah dengan
pangkal lengan.
Kesalahan
·
Menghayun bahu
·
Melangkah terlalu
panjang pada bahagian hadapan skuad, oleh itu mengakibatkan skuad di belakang
berciciran.
·
Berlari di atas
tumit dan kehilangan lurus, jarak dan selang.
·
Mencepat kadar
berlari dan kehilangan sepenuhnya cara berlari sebagai tentera.
·
Memandang ke
bawah
Perkara :
Berhenti Dari Berlari
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : Skuad...Henti!
Perbuatan :
Hukuman diberikan ketika kaki kanan mencecah ke bumi, penuhkan langkah berlari
2 langkah lagi dan hentakkan kaki kiri dan kanan berturut-turut, di mana pada
masa hentakan terakhir, kedua-dua tangan diayunkan ke sisi seperti kedudukan
sedia.
Perkara :
Hentak Kaki Dari Berlari.
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : Hentak...Kaki!
Perbuatan :
Sama seperti hentak kaki masa cepat kecuali bahagian hujung tapak kaki hanya
diletakkan di atas bumi dan lengan di tepi dalam keadaan membengkok. Kadar
berlari cepat dipelihara.
Perkara :
Berhenti Dari Hentak Kaki Berlari.
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan.
Hukuman : Skuad...Henti!
Perbuatan :
Hukuman di berikan ketika kaki kanan jatuh ke bumi. Sama seperti hentak masa
cepat, kedua-dua tangan diayunkan ke tepi badan pada masa hentakan terakhir.
Kesalahan
·
Melompat dengan
kedua-dua kaki dari bumi sekaligus.
·
Kehilangan
ketetapan dalam cara berhenti.
Pelajaran
: 23
Perkara :
Tukar Langkah Cepat Dari Perlahan Jalan.
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : Tukar Langkah Cepat, Cepat Jalan!
Perbuatan :
Hukuman "cepat" di beri di atas kaki kiri dan jalan di atas kaki
kanan. Langkahkan kaki kiri ke hadapan 30 inci, tumit pacak dan tangan
berlenggang. Teruskan.
Kesalahan
·
Membuat langkah
yang pertama terlalu gopoh oleh itu gagal untuk mendapatkan rentak yang betul
pada masa permulaan.
·
Tidak pacak tumit
kaki kiri di atas bumi pada langkah yang pertama.
·
Gagal melenggang
tangan kiri ke belakang.
Perkara :
Tukar Langkah Perlahan Dari Cepat Jalan.
Pergerakan : 3
pertunjukan
Perbuatan
: Skuad Satu
Hukuman diberi
ketika kaki kanan mencecah ke bumi. Penuhkan langkah kaki kiri . ke hadapan 30
inci dan henti dengan keadaan tapak kaki rata di atas bumi.
Skuad
Dua
Bawa kaki kanan ke
hadapan, lutut bengkok paha paras dan hentakkan kaki di sebelah kaki kiri.
Dalam masa yang sama bawa kedua-dua tangan ke sisi badan. Dengan pantas tolak
kaki kiri 15 inci dengan keadaan kaki tergantung.
Penuhkan langkah
kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan teruskan berjalan dalam masa perlahan.
Perkara : Tukar Langkah Berlari Dari Cepat Jalan.
Pergerakan : Pertunjukan & Penerangan.
Hukuman : Tukar
Langkah Berlari, Cepat Lari!
Perbuatan : Hukuman "cepat" diberi di atas
kaki kiri dan "lari" di atas kaki kanan. Langkahkan kaki kiri ke hadapan
40 inci dan bengkok tangan serta terus berlari 140 langkah per minit.
Kesalahan
·
Pengunduran
kawalan dan rentak dengan serta merta.
·
Membiarkan kepala
tunduk ke hadapan.
Perkara : Tukar Langkah Cepat Dari Berlari.
Pergerakan : Pertunjukan & Penerangan Hukuman : Tukar Langkah Berjalan, Cepat
Jalan!
Perbuatan : Hukuman diberi berturut-turut iaitu cepat di
atas kaki kiri dan berjalan di atas kaki kanan, penuhkan langkah berlari 2
langkah lagi dan bermula berjalan dengan langkah kaki kiri.
Kesalahan
·
Tidak berjalan
dengan betul dengan serta merta.
Pelajaran : 24
Perkara : Berjalan Barisan Melintang Semasa Perlahan
Jalan
Pergerakan : Penerangan Sahaja
Hukuman : Skuad
Akan Menghadap Ke Belakang/Hadapan Dari Kiri/Kanan Perlahan Jalan!
Perbuatan : Berjalan seperti biasa dalam masa perlahan
Kesalahan
·
Tidak memelihara
jarak dan lurus barisan dengan betul.
·
Berlari atau
membetul dengan mengejut bagi mendapatkan balik lurus
·
barisan yang
sepatutnya dibuat dengan beransur-ansur.
·
Berjalan dan
berhenti dengan panjang langkah yang tidak sama dan tidak
·
betul.
·
Melangkah satu
langkah lebih dari 30 inci.
Pelajaran : 25
Perkara : Buka & Tutup Barisan Semasa Perlahan
Jalan
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman 1 :
Buka Barisan!
Perbuatan 1 : Barisan hadapan - terus berjalan Barisan
tengah - hentak kaki 2 kali Barisan belakang - hentak kaki 4 kali
Hukuman 2 : Tutup Barisan!
Perbuatan 2 : Barisan hadapan - hentak kaki 4 kali
Barisan tengah - hentak kaki 2
kali
Barisan belakang - terus
berjalan
Hukuman di beri ketika kaki
kanan melalui kaki kiri
Pelajaran : 26
Perkara :
Tukar Haluan Ketika Berhenti
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman 1 : Tukar Haluan Ke Kanan / Kiri dan Henti
Perbuatan :
Barisan hadapan, ahli di sebelah kanan sekali berpusing ke kanan kiri. Yang
lain berpusing ke separuh kanan / kiri. Barisan tengah di belakang diam.
Hukuman 2 : Cepat Jalan!
Perbuatan 2 : Ahli di sebelah kanan/kiri barisan hadapan berjalan 3
langkah dan henti. Ahli dalam barisan di belakangnya itu ikut sama dan henti di
belakangnya menghadap haluan baru pada jarak satu langkah si antara satu sama
lain, barisan-barisan selepas itu berjalan ke hadapan, membelok menghadap
haluan baru dan berhenti dalam barisan dan meluruskan barisan dari kanan.
Perkara :
Tukar Haluan Semasa Berjalan
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : Tukar Haluan Ke Kanan dan Henti, Ke
Kanan..Tukar!
Perbuatan : Ahli di sebelah kanan barisan hadapan
berpusing dengan cergasnya 90 darjah ke kanan dan berjalan ke hadapan 3 langkah
mengikut haluan baru. Yang lain membelok mengikutnya. Hukuman diberi seperti
berpusing semasa berjalan.
Kesalahan
·
Tidak memelihara jarak
yang betul.
·
Menambahkan kadar
berjalan pada rusuk luar atau apabila menghentak kaki.
·
Tidak berhenti
atau hentak kaki pada kaki yang betul.
·
Menghentak kaki
masa berpusing.
Pelajaran : 27
Perkara :
Membelok Dalam Barisan Masa Perlahan Jalan
Pergerakan :
Pertunjukan Sahaja Hukuman : Kiri /
Kanan Belok!
Perbuatan :
Sama seperti pelajaran 17
Kesalahan
·
Membenarkan
bengkok berlaku di bahagian tengah barisan Terkeluar dari tempat membelok
Pelajaran : 28
Perkara :
Tukar Haluan ke Kiri Dalam Masa Cepat
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Hukuman : Tukar Haluan Ke Kiri Dan Henti, Ke
Kiri...Tukar!
Perbuatan :
Hukuman diberi seperti berpusing semasa berjalan. Tiada perbezaan asas dalam
pergerakan di dalam pelajaran 26.
* Bagi pelajaran 26 & 28
Tanpa "Dan Henti', skuad
hendaklah hentak kaki.
Pelajaran
: 29
Perkara :
Jadikan Skuad Daripada Berhenti & Perlahan Jalan
Pergerakan :
Pertunjukan & Penerangan
Perbuatan :
Seluruh skuad berpusing ke separuh kiri kecuali ahli di sebelah kiri sekali di
barisan hadapan tinggal diam.
Hukuman
2 : Perlahan...Jalan!
Perbuatan :
Ahli yang menjadi penanda berjalan 3 langkah ke hadapan dan henti. Ahli- ahli
dalam skuad berjalan berpusing ke tempat mereka yang betul dalam barisan
melintang dan berhenti.
Pelajaran
: 30
Perkara :
Jadikan Skuad Semasa Perlahan Jalan
Pergerakan :
Penerangan Sahaja
Perbuatan : Hukuman
diberi ketika kaki kiri melalui kaki kanan. Ahli yang menjadi penanda di
sebelah kiri di barisan hadapan hentak kaki kanan dan berjalan tanpa berpusing.
Yang lain di dalam skuad hentak kaki kanan, berpusing separuh kiri dan terus
berjalan.
Pelajaran
: 31
Perkara :
Jadikan Skuad Semasa Cepat Jalan
Pergerakan :
Penerangan Sahaja
Hukuman : Dan Henti, Di Sebelah Kiri,
Jadikan..Skuad!
Perbuatan : Seperti Pelajaran 30
Kesalahan
·
Orang yang
menjadi penanda tidak membuat pergerakan kaki menukar langkah dan bukan
pergerakan "Berpusing".
·
Menambah kadar
berjalan dan panjangnya langkah orang di bahagian belakang dengan bertiga-tiga.
·
Tidak berhenti
atas menghentak pada kaki betul
*Bagi pelajaran 29-31
Jika 'Dan Tanpa Henti', skuad
hendaklah hentak kaki.
Untuk 'Di Sebelah Kanan',
pergerakannya berlawanan dengan 'Di Sebelah Kiri'
Perkara :
Jadikan 2 Barisan Dari 3 Barisan
Pergerakan :
3 Pergerakan
Hukuman 1 : Nombor!
Perbuatan :
Mengira nombor dari kanan ke kiri
Hukuman 2 : Jadikan...2...Barisan! Perbuatan : Skuad
Satu
Barisan tengah tolak kaki 24
inci dari kaki kanan
Skuad 2
Nombor ganjil
barisan tengah tolak kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan
kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi. Nombor genap tolak kaki kanan ke
belakang sejauh 30 inci dengan keadaan kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi.
Skuad 3
Angkat kaki kiri ke
hadapan, lutut bengkok, paha paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan seperti
kedudukan sedia.
Kesalahan
·
Barisan tengah
tiada mengetahui nombor mereka yang betul (lupa)
·
Jarak yang tidak
betul dalam barisan dengan itu tiada memberi tempat kepada anggota barisan
tengah untuk bergerak masuk. Ini boleh diatasi dengan memberi hukuman ke kanan
lurus sebelum menjadikan 2 barisan.
·
Tiada melangkah
kaki kiri dengan cukup jauh ke kiri di dalam barisan pergerakan yang kedua,
oleh itu tiada dapat membuat lurusan baris yang betul!
Pelajaran : 33
Perkara : Jadikan 3 Barisan Dari 2 Barisan
Pergerakan : 3 Pergerakan
Hukuman : Jadikan...3...Barisan!
Perbuatan : Skuad Satu
Nombor ganjil
tolak kaki ke belakang manakala nombor genap tolak kaki kiri ke hadapan sejauh
30 inci. Tumit kaki terangkat sedikit manakala tapak kaki kanan rata di atas
bumi.
Skuad Dua
Tolak kaki kanan
sejauh 24 inci dari kaki kiri. Kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi.
Skuad Tiga
Angkat kaki kiri ke
hadapan, lutut bengkok, paha paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan seperti
kedudukan sedia.
Pelajaran : 34
Perkara :
Berjalan Dalam Satu Barisan
Pergerakan :
Penerangan Sahaja
Hukuman : Bergantung kepada kedudukan asal
barisan. Sebagai contoh, jika barisan asal adalah 3 barisan, Jadikan Satu Barisan Panjang Daripada Tiga
Barisan, Barisan Tengah Dan Belakang Hentak....Kaki!
Perbuatan :
Perbuatan ini digunakan apabila skuad itu hendak melalui satu tempat yang
sempit. Mana-mana barisan boleh berjalan dahulu, dibuat dari berhenti.
Pelajaran : 35
Perkara :
Memberi Hormat Masa Berhenti
Pergerakan : 4 Pergerakan
Hukuman : Hormat, Hormat Ke hadapan...Hormat!
Perbuatan : Skuad Satu
Bawa tangan kanan
ke hadapan, bengkokkan siku dan rapat ke badan, lengan sama paras, tapak tangan
menghala ke dalam, jari-jari rapat dan lurus ke hadapan.
Skuad Dua
Bawa tangan kanan
ke atas menghala ke bawah, jari-jari lurus dan rapat. Jari telunjuk kena pada
kening di sebelah kanan. Tapak tangan lurus dengan sudut lengan, muka terus
pandang depan.
Bawa siku kanan
rapat ke badan, lengan condong ke hadapan sedikit dan jari-jari genggam
kedudukan sama rata dengan bahu kanan.
Skuad
Empat
Bawa tangan sampai kepada
kedudukan sedia.
Kesalahan
·
Tapak tangan
menghala ke hadapan
·
Jari-jari tidak
rapat dan melengkung
·
Kepala tunduk ke
bawah
5.36 Pelajaran : 36
Perkara :
Hormat Ke Kiri/Kanan Semasa Berjalan
Pergerakan : 5
Pergerakan
Perbuatan
: Skuad Satu
Hukuman diberi
ketika kaki kiri jatuh ke bumi. Langkahkan kaki kanan ke hadapan dalam masa
yang sama bawa kedua-dua tangan kepada kedudukan sedia. Langkahkan kaki kiri ke
hadapan dan bawa tangan kanan kepada kedudukan hormat dengan pantas pusingkan
kepala ke kiri/ke kanan.
Skuad
Dua
Langkahkan kaki
kanan ke hadapan tanpa mengubah apa-apa kedudukan anggota lain.
Skuad Tiga
Langkahkan kaki
kiri ke hadapan tanpa mengubah apa-apa kedudukan anggota lain.
Skuad Empat
Langkahkan kaki
kanan ke hadapan dan bawa tangan kepada kedudukan sedia serta pusingkan kepala
dan muka ke hadapan.
Langkahkan kaki
kiri ke hadapan dan lenggangkan tangan serta berjalan seperti biasa.
Perkara :
Hormat Ke Hadapan Semasa Berjalan
Pergerakan : Pertunjukan
dan Penerangan
Hukuman : Hormat, Hormat Ke Hadapan...Hormat!
Perbuatan : Hukuman
diberi sama seperti ' Berhenti ' dari cepat jalan. Seluruh skuad hendaklah
berhenti, hormat ke hadapan sebanyak dua kali, berpusing ke belakang dan
teruskan berjalan dalam masa cepat.
Perkara : Memberi Hormat Dengan Tongkat
Pergerakan : Pertunjukan dan Penerangan
Hukuman : Hormat, Hormat Ke
Hadapan...Hormat!
Perbuatan :Bawa tongkat dengan tangan kanan daripada
keadaan sedia dan letakkannya mendatar di bawah ketiak kiri, pangkalnya ke
hadapan. Biarkan tangan kiri di tepi dan potong tangan kanan dengan pantas
seperti kedudukan sebelum memberi hormat. Apabila sahaja selesai memberi
hormat, bawa tongkat dengan tangan kanan melintasi badan dan kembalikan kepada
kedudukan asal.
No comments:
Post a Comment