Tuesday 4 March 2014

Ketika dalam padang kawad

Dengan sini semua sekalian, apabila dapat hukuman tiga barisan di depan saya gerak. Skuad hendaklah sedia, berlari dan berbaris dalam tiga barisan di hadapan di tengah-tengah di mana saya menghadap. Faham tu skuad. (Faham) Jadi tiga barisan cepat gerak. 

Jadikan tiga barisan 
Hukuman: Skuad masuk baris 

Kesalahan biasa: 
- datang beratur tiada berlari 
- bercakap-cakap 
-barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih 

Paras 
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras 

Nombor 
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor! 
Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang......gerak 
Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri......Pusing 
Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan. 
Hukuman : Ke kanan lurus. 

Kesalahan biasa : 
- tidak bilang nombor dengan cepat 
- menyebut nombor dengan suara yang perlahan 
- lupa nombor masing-masing 

Sedia 
Hukuman : Skuad,skuad......sedia 

Kesalahan biasa : 
-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan 
-berdiri tidak tegap dan mata bergerak 
-kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat 
-tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan 
-belakang tangan menghala ke hadapan 
-badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata 
-tidak memandang 200m ke hadapan 
-semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi 

Senang diri 
Hukuman : Senang ......diri 

Kesalahan biasa : 
-siku bengkok 
-lutut tidak tegap dan tiada bertahan 
-jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu 
-menggerakkan kaki kiri 
-pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan 
-jatuh tumit atau hujung kaki dahulu 

Rehatkan diri 
Hukuman : Rehatkan ...... diri 

Kesalahan biasa : 
-kedua-dua tapak kaki bergerak 
-menggeliat dan bercakap-cakap 

Membetulkan barisan 
Hukuman : Ke kanan...... lurus 
Pandang......depan 

Kesalahan biasa : 
-kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus 
-pinggang lemah semasa kaki bergerak 
-badan dan kepala tidak tegak 
-siku bengkok 
-turun tangan dengan lambat 

Buka dan tutup barisan 
Hukuman : Buka barisan......gerak 
Tutup barisan......gerak 

Kesalahan biasa: 
-kedua-dua badan tidak rapat ke badan 
-tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang 
-tangan dan bahu bergerak 
-mata pandang ke bawah 
-badan tidak tegak 

Berpusing 
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing; menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing; menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing 

Kesalahan biasa : 
-badan berlonjak semasa berpusing 
-tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing 
-tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing 
-kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki 
-keberatan badan di atas kaki yang belakang 
-menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang 
-membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang 

Bersurai dan keluar baris 
Hukuman : Ber......surai 
Hukuman : Keluar......baris 

Kesalahan biasa ; 
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris 

Berjalan 
Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit ) 
~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci 
~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci 
~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci 
~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci 

Masa berjalan 
~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit 
~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit 
~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih 
~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit 

Cepat jalan 
Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan 

Ingatan: 
- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya separas bahu. 
- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki. 

Kesalahan biasa : 
-lutut kendur 
-lenggang tidak lurus 
-hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit 
-pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit. 
-apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan juga tidak sama 

Berhenti 
Hukuman : Skuad, skuad...... henti 

Kesalahan biasa : 
- bergoyang selepas berhenti 
-badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti 
-lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti 
-turun tangan terlalu lambat 
- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan 

Pusing ke belakang 
Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing 

Kesalahan biasa : 
- lutut bengkok semasa pusing 
-membiarkan tangan berayun-ayun 
-tidak mengangkat kaki cukup tinggi 
-pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan 

Tukar langkah 
(cepat jalan) 
Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan) 

Kesalahan biasa : 
-melenggangkan bahu dan tangan 
- tidak membongkokkan lutut 
-tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga 

(semasahentak kaki sahaja) 
Hukuman : tukar langkah 

Kesalahan biasa : 
-badan seolah-olah mengeliat 
-terlalu pantas 

Hormat semasa berjalan 
Ke kanan hormat 
Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat 
hadapan hormat 
Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat 

Kesalahan biasa : 
-melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.

Monday 3 March 2014

Buku rujukan kawad

 SUKATAN PELAJARAN KAWAD KAKI



                  Pelajaran         : 1
                  Perkara           : Sedia
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman         : Skuad! Skuad Sedia!
Perbuatan       :Tumit rapat sebaris, buka hujung kaki 30 darjah, lutut tegang, badan tegak dengan berat sama timbang di antara kedua-dua tapak kaki dan tumit, bahu-bahu bawa ke belakang. Tangan lurus ke bawah siku-siku rapat di rusuk badan, pergelangan- pergelangan tangan lurus dan hadapan dekat kepada jari telunjuk dan ke belakang sedikit dari garisan jahitan seluar. Kepala tegak, tengkuk kena leher baju dan memandang terus ke hadapan.

                  Kesalahan
·            Kedudukan yang terlalu tegang menyebabkan sedutan nafas terbatas.
·            Tidak sedia dan menggerakkan mata.
·            Kaki dan badan tiada menghadap ke hadapan, tumit tidak rapat
·            Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar ke hadapan.
·            Bahagian belakang tangan hala ke hadapan dan dengan hal yang demikian membuka tulang belikat dan menyesakkan dada.
·            Pergelangan tangan bengkok dan tegang, buka jari telunjuk terlalu ke bawah daripada jari lain.


                  Pelajaran        : 2
                  Perkara           : Senang diri
                  Pergerakan     : Pertunjukan & penerangan
                  Hukuman        : Senang...Diri!
                  Perbuatan      : Biarkan kaki kanan tinggal diam dan kaki kiri tegang ke belakang. Angkat kaki kiri ke hadapan, lutut bengkok, paha paras, bawa kaki kiri ke sebelah kiri dan hentak ke bumi. Pada masa yang sama bawa tangan di dalam tapak tangan kiri, ibu-ibu jari bersilang, jari-jari dan tangan lurus menunjukkan arah ke bumi. Berat badan sama rata di atas kaki kiri dan kanan.

                  Kesalahan
·         Kegagalan mengangkat kaki tidak paras dan tidak menghala ke kiri
·         Membengkokkan lengan-lengan ketika membengkokkan lutut
·         Menggerakkan kaki kanan dengan menyebabkan barisan jadi tidak lurus o Bengkok pada bahagian pinggang apabila memperbetulkan kedudukan
·         Kaki

                  Perkara : Sedia Dari Senang Diri
                  Pergerakan : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman : Skuad! Skuad Sedia!
Perbuatan : Angkat kaki kiri ke hadapan, lutut bengkok, paha paras, hujung kaki terjunam ke bumi dan hentakkan kaki kiri di sebelah kanan sampai dalam kedudukan sedia. Pada masa yang sama bawa kedua-dua tangan dengan pantas dalam kedudukan sedia.

                  Kesalahan
·         Angkat kaki tidak paras
·         Apabila hentak kaki kiri, kaki kanan bengkok
·         Kedua-dua tangan mengepak


                  Pelajaran        : 3
                  Perkara           : Rehatkan Diri
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Rehatkan...Diri!
                    Perbuatan      :Kira masa (1,2,3,rehat), kendurkan anggota-anggota badan, bahagian pinggang ke atas tanpa menggerakkan kaki.

                  Kesalahan
·         Menggerakkan kaki, dengan itu menyebabkan hilang lurus barisan
·         Berdiri kuat di atas kaki sebelah dan bercakap-cakap


                  Pelajaran        : 4
                  Perkara           : Berbaris Dalam Tiga Barisan
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Tiga Barisan...Di Hadapan Saya...Gerak!
                  Perbuatan      : Ahli-ahli berbaris dalam tiga barisan dengan jarak di antaranya 30 inci dan jarak antara ahli-ahli adalah satu tangan. Berkeadaan rehatkan diri.

                  Pelajaran        : 5
            Perkara           : Meluruskan Barisan
            Pergerakan     : 2 pergerakan
            Hukuman        : Ke Kanan Lurus
            Perbuatan      : Skuad Satu
Angkat tangan kanan paras bahu ahli di sebelah kanan, jari-jari digenggam bahagian belakang tangan ke atas, pengenggam tangan kena bahu ahli di sebelah kanan.

                  Skuad Dua
Hentakkan kaki berturut-turut, pendek-pendek serta luruskan barisan, tentukan tiap-tiap ahli nampak bahagian bawah muka dua ahli selang darinya. Dengan pantas ahli kanan barisan tengah dan belakang tentukan jarak di antaranya dengan barisan hadapan 30 inci.

                  Perkara           : Pandang Depan
                  Pergerakan     : Penerangan Sahaja
                  Hukuman        : Pandang Depan
Perbuatan      : Pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke hadapan dan jatuhkan tangan kanan ke tepi badan, lengan lurus, seperti kedudukan sedia.

                  Pelajaran        : 6
                  Perkara           : Nombor & Nyatakan
                  Pergerakan     : Penerangan Sahaja
                  Hukuman        : Nombor!
                  Perbuatan      : Barisan hadapan sahaja membuat bilangan nombor dengan nyaring dari kanan ke kiri, bermula dari 'Satu' sehingga selesai.

                  Perkara           : Buka & Tutup Barisan
                  Pergerakan     : 3 Pergerakan
                  Hukuman        : Buka Barisan Gerak
                  Perbuatan      : Skuad Satu
Barisan hadapan langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci. Barisan belakang langkahkan kaki kiri 15 inci ke belakang. Kedua-dua tapak kaki rata ke bumi. Lain-lain anggota diam seperti keadaan sedia.
                  Skuad Dua
Barisan hadapan langkahkan kaki kanan sejauh 30 inci ke hadapan dan barisan belakang langkahkan kaki kanan sejauh 30 inci ke belakang. Tapak kaki kanan rata di atas bumi dan tumit kaki kiri terjungkit sedikit.
                  Skuad Tiga
Kedua-dua barisan hadapan dan belakang membuat pergerakan yang sama di mana kaki kiri dan kanan dihentakkan berturut-turut dan kembali seperti di dalam kedudukan sedia.

                  Kesalahan
·         Tangan tidak tetap di kedudukan sedia
·         Muka tunduk ke bawah
·         Semasa bergerak badan bengkok
·         Melangkah terlampau jauh

                  Hukuman        : Tutup Barisan Gerak
                  Perbuatan      :Barisan hadapan dan barisan belakang melakukan pergerakan bertentangan bagi setiap barisan.

                  Pelajaran        : 8
                  Perkara           : Masuk Baris
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
Hukuman 1     : Dengar sini penanda dan pelurus barisan, apabila mendapat hukuman Tanda, Penanda dan pelurus barisan hendaklah sedia, Berjalan ke hadapan 140 langkah satu minit 14 satu dua henti, Penanda pusing ke kanan, pelurus barisan pusing ke kiri, Pelurus barisan luruskan penanda, Apabila dapat hukuman Tanda Diam daripada pelurus Barisan, Penanda pusing ke kiri, pelurus barisan pusing ke kanan dan senang diri bersama-sama, Faham itu penanda dan pelurus barisan, Tanda!
Perbuatan      : Penanda dan pelurus barisan sedia berjalan dengan langkah cepat dan lakukan pergerakan seperti diarahkan.





Hukuman 2     : Skuad! Dengar sini semua sekali, Apabila mendapat hukuman Masuk Baris, Semua sekali hendaklah Sedia, Penanda dan pelurus barisan diam, Anda di belakang sana, berjalan ke hadapan 140 langkah satu minit 14 satu dua henti di mana anda sampai, Pandang kanan, angkat tangan kanan luruskan barisan, Apabila barisan telah lurus, pandang hadapan potong tangan kanan, Dan senang diri bertiga-tiga dari kanan ke kiri, mengikut kumpulan masing-masing, Faham itu skuad. Masuk Baris!
Perbuatan      : Penanda dan pelurus barisan sedia, skuad berjalan dengan langkah cepat dan lakukan pergerakan seperti diarahkan.




                  Pelajaran        : 9
                  Perkara           : Berpusing & Berpusing Separuh
                  Pergerakan     : 2 Pergerakan
                  Hukuman        : Bergerak ke Kanan/Kiri Bertiga-tiga Ke Kanan/Kiri Pusing
                  Perbuatan      : Skuad Satu
Dengan pantas pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kanan/kiri, tapak kaki kanan/kiri terangkat sedikit, lutut tegang dan anggota lain diam seperti keadaan sedia.
                  Skuad Dua
Bawa kaki kiri/kanan ke hadapan, lutut bengkok paha paras, masa yang sama hentakkan kaki kiri/kanan di sebelah kaki kiri/kanan dalam kedudukan sedia.
                 
Hukuman        : Skuad Akan Menghadap Ke Hadapan/Belakang... Pusing! Perbuatan : Skuad Satu
Dengan pantas pusingkan kepala, bahu dan badan 180 darjah mengikut arah jam, tapak kaki kiri terangkat sedikit, lutut tegang dan anggota lain diam seperti keadaan sedia.

                  Skuad Dua
Bawa kaki kiri ke hadapan, lutut bengkok paha paras, masa yang sama hentakkan kaki kiri di sebelah kaki kanan dalam kedudukan sedia.

                  Pelajaran        : 10
                  Perkara           : Bersurai & Keluar Baris
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Bersurai & Keluar Baris !
                  Perbuatan      : Buat pergerakan ke kanan pusing kemudian berjalan tiga langkah ke hadapan dan terus berjalan bersendirian keluar daripada tempat berkumpul.

                  Pelajaran        : 11
                  Perkara           : Paras
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman 1     : Yang Tinggi Ke Kanan...Rendah Ke Kiri...Dalam Satu Barisan Paras
Perbuatan      : Seluruh anggota keluar baris dan kemudian mengaturkan diri mengikut arahan.

                  Hukuman 2     : Nombor!
                  Perbuatan      : Skuad membilang nombor dari kanan ke kiri.

Hukuman 3     : Nombor Ganjil Satu Langkah Ke Hadapan, Genap Satu Langkah Ke Belakang...Gerak!
Perbuatan      : Nombor ganjil tolakkan kaki kiri ke hadapan dan hentakan kaki kanan di sebelah kaki kiri manakala nombor genap tolakkan kaki kiri ke belakang dan hentakan kaki kanan di sebelah kaki kiri. Lain-lain anggota diam.
Hukuman 4     : Orang Di Sebelah Kanan Sekali Diam, Nombor Ganjil Ke Kanan, Genap Ke kiri, Barisan, Kanan Dan Kiri...Pusing!
Perbuatan      : Orang di sebelah kanan sekali diam manakala yang lain berpusing seperti yang diarahkan.

                  Hukuman 5     : Jadikan Tiga Barisan Cepat Jalan!
Perbuatan      : Semua berjalan dalam satu barisan, kemudian berpusing menghadap hadapan dan senang diri bertiga-tiga dari kanan ke kiri.

                  Pelajaran        : 12     
                  Perkara           : Berjalan & Berhenti Dalam Masa Cepat.
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Dari Kiri / Kanan Cepat Jalan!
Perbuatan      : Sentiasa bermula dengan kaki kiri dan langkah ke hadapan sejauh 30 inci. Tangan lenggang dengan lenggangan ke hadapan mestilah lurus dan paras bahu manakala lenggangan ke belakang sejauh mungkin.

                  Kesalahan
·         Apabila berjalan bertiga-tiga yang tidak betul di antara barisan.
·         Apabila berjalan dalam barisan, jarak yang tidak betul di antara anggota.
·         Pada setiap masa, kurang lurus barisan dan lenggang tangan tidak sama, hilang rentak.
                 
                  Perkara           : Berhenti Dari Cepat Jalan
                  Pergerakan     : 3 Pergerakan
                  Hukuman        : Skuad...Henti! Perbuatan : Skuad Satu
Hukuman di beri ketika kaki kiri jatuh ke bumi. Langkahkan kaki kanan 30 inci, kedua- dua tangan berlenggang.
                  Skuad Dua
Bawa kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dengan keadaan kaki tergantung, lutut tegang berdiri di atas kaki kanan, dalam masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke hadapan dan tangan kiri ke belakang.

                  Skuad Tiga
Hentakan kaki kiri dan kanan berturut-turut. Pada masa yang sama dengan pantas bawa kedua-dua tangan ke sisi seperti mana keadaan sedia.

5.13           Pelajaran        : 13
                  Perkara           : Berjalan & Berhenti Dalam Masa Perlahan
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Dari Kiri / Kanan Perlahan Jalan
Perbuatan      : Sentiasa bermula dengan kaki kiri dan langkah sejauh 30 inci. Hujung mestilah terjunam ke bumi setiap kali kaki ditolak ke hadapan. Kedua-dua belah tangan diam di sisi badan dan siku rapat seperti keadaan sedia.

                  Kesalahan
·         Tumit-tumit menjejak ke bumi terlebih dahulu
·         Siku terkeluar dari tepi.
·         Tangan memegang seluar, oleh itu bergerak pada setiap langkah.
                 
                  Perkara           : Berhenti Dari Perlahan Jalan
                  Pergerakan     : 2 pergerakan
                  Hukuman        : Skuad...Henti!
                  Perbuatan      : Skuad Satu
Hukuman diberi ketika kaki kanan melalui kaki kiri. Penuhkan kaki kanan 30 inci ke hadapan dan berhenti. Tapak kaki kanan rata di atas bumi, tumit kaki kiri terangkat sedikit, kedua-dua lutut tegang, berat badan di atas kaki kanan, muka terus pandang ke hadapan.

                 
                  Skuad Dua
Dengan pantas bawa kaki kiri ke hadapan lutut bengkok paha paras, hentak kaki ke bumi dan angkat kaki kanan ke hadapan, lutut bengkok paha paras hentak di sebelah kaki kiri sampai kedudukan sedia.

                  Kesalahan
·         Angkat kaki tidak paras
·         Hentakan kaki tidak padat
·         Tangan kanan bengkok mengikut paha.




                  Pelajaran        : 14
                  Perkara           : Langkah Panjang & Pendek
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Langkah Panjang, Cepat/Perlahan Jalan!
Perbuatan      : Kaki yang bergerak hendaklah memenuhi langkahnya dan memanjangkan langkah kepada 33 inci, bengkok ke hadapan sedikit tanpa mengubah masa.

                  Hukuman        : Langkah Pendek, Cepat/Perlahan Jalan!
Perbuatan      : Kaki yang bergerak hendaklah memenuhkan langkahnya dan selepas itu langkah dipendekkan kepada 21 inci.

                  Pelajaran        : 15
                  Perkara           : Langkah Ke Hadapan & Ke Belakang
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : (bilangan) Langkah Ke Hadapan/ Belakang...Gerak!
                        Perbuatan      : Tolak kaki kiri ke hadapan / Belakang dan hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri seperti dalam keadaan sedia. Lain-lain anggota diam.

                  Pelajaran        : 16
                  Perkara           : Langkah Ke Sebelah
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : (Bilangan) Langkah Ke Kiri /Kanan
                  Perbuatan      : Kiri
Bengkokkan lutut kiri paha paras dan hentakkan ke kiri sejauh 12 inci, kemudian hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri seperti keadaan sedia.
                  Perbuatan      : Kanan
Bengkokkan lutut kanan paha paras dan hentakkan ke kanan sejauh 12 inci, kemudian hentakkan kaki kiri di sebelah kaki kanan seperti keadaan sedia.

                  Pelajaran        : 17
                  Perkara           : Membelok
                  Pergerakan     : Penerangan              
                  Hukuman        : Kiri / Kanan Belok!
Perbuatan      : Kesemua ahli di dalam skuad berpusing 90 darjah ke kiri/kanan dengan didahului oleh ahli di hadapan. Ahli di barisan dalam hendaklah memendekkan langkahnya manakala orang di bahagian luar sekali hendaklah memanjangkan langkahnya.

                  Kesalahan
·         Kemungkinan bagi orang-orang dalam barisan belakang keluar dari tempat membelok
·         Kegagalan orang-orang tengah membawa berpusing tiap-tiap bahagian
·         Kehilangan jarak oleh kerana orang di sebelah luar tidak memanjangkan langkah.
                  Pelajaran        : 18
                  Perkara           : Berpusing Ke Kiri / Kanan Dalam Masa Perlahan
                  Pergerakan     : 3 Pergerakan
                  Perbuatan      : Skuad Satu
Hukuman diberi ketika kaki kiri melalui kaki kanan. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan 30 inci dan henti. Tapak kaki rata di atas bumi. Dalam masa yang sama bawa kaki kanan ke hadapan lutut bengkok paha paras.

                  Skuad Dua
Dengan pantas, pusingkan kepala bahu dan badan 90 darjah ke kanan, dalam masa yang sama hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri, berpusing di atas kaki kanan. Dengan pantas tolak kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dengan keadaan kaki tergantung sedikit.

                  Skuad Tiga
Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan 30 inci dan teruskan berjalan dalam masa perlahan jalan

                  Perkara           : Berpusing Ke Belakang Dalam Masa Perlahan
                  Pergerakan     : 4 Pergerakan
                  Hukuman        : (Tertakluk Kepada Kedudukan Skuad)
                  Perbuatan      : Skuad Satu
Hukuman diberi ketika kaki kanan melalui kaki kiri. Penuhkan langkah kaki kanan ke hadapan dengan pantas, pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kanan. Dalam masa yang sama bawa kaki kiri ke hadapan lutut bengkok paha paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan.

                  Skuad Dua
Pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kanan, dalam masa yang sama bawa kaki kanan ke hadapan lutut bengkok paha paras dan hentakkan di tengah perut kaki kiri sampai arah yang baru.

                  Skuad Tiga
Angkat kaki kiri ke hadapan, lutut bengkok paha paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan sampai dalam keadaan sedia. Kemudian tolakkan kaki kanan ke hadapan sejauh 15 inci dan biarkan ianya tergantung.
                  Skuad Empat
Penuhkan langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dan teruskan berjalan dalam masa perlahan jalan.






                  Pelajaran        : 19
                  Perkara           : Berpusing Ke Kiri / Kanan Dalam Masa Cepat
                  Pergerakan     : 4 Pergerakan
                  Hukuman        : (Tertakluk Kepada Kedudukan Skuad)
                  Perbuatan      : Kiri Skuad Satu
Hukuman diberi ketika kaki kanan jatuh ke bumi. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci. Kedua-dua belah tangan masih berlenggang.

                  Skuad Dua
Bawa kedua-dua belah tangan seperti dalam keadaan sedia. Dalam masa yang sama bawa kaki kanan ke hadapan lutut bengkok paha paras dan biarkan ianya tergantung.

                  Skuad Tiga
Dengan pantas pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kiri pusingan di atas kaki kiri. Dalam masa yang sama hentak kaki kanan di sebelah tumit kaki kiri dan dengan pantas tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dengan hujung kaki terangkat sedikit, tangan dan badan diam seperti keadaan sedia.

                  Skuad Empat
Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan tumit jatuh dan teruskan berjalan dalam masa cepat jalan.

                  Perbuatan      : Kanan (Berlawanan dengan pergerakan kiri)                    
                  Perkara           : Berpusing Ke Belakang Dalam Masa Cepat
                  Pergerakan     : 6 Pergerakan
                  Hukuman        : (Tertakluk Kepada Kedudukan Skuad)
                  Perbuatan      : Skuad Satu
Hukuman diberi ketika kaki kanan jatuh ke bumi. Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti. Kedua-dua tangan masih berlenggang

                  Skuad Dua
Dengan pantas bawa kaki kanan ke hadapan dengan keadaan tumit kaki kiri berada di perut kaki kanan dan kaki kanan tergantung sedikit. Dalam masa yang sama bawa kedua-dua tangan seperti kedudukan sedia.
     
                  Skuad Tiga
Dengan pantas pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kanan dan berpusing di atas kaki kanan. Dalam masa yang sama hentakkan kaki kiri di sebelah kaki kanan sampai kedudukan sedia.
                 
                  Skuad Empat
Pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kanan, berpusing di atas kaki kiri dan hentakkan di tengah perut kaki kiri sampai kedudukan sedia.

                  Skuad Lima
Hentakkan kaki kiri di sebelah kaki kanan sampai pada kedudukan sedia. Anggota lain diam.

                  Skuad Enam
Penuhkan langkah kaki kanan ke hadapan 30 inci dengan pacak tumit, lenggang tangan dan terus berjalan dalam masa cepat.

                  Pelajaran        : 20
                  Perkara           : Hentak Kaki Dalam Masa Perlahan
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Hentak Kaki...Perlahan!
Perbuatan      : Sentiasa bermula dengan kaki kiri silih berganti dengan kaki kanan. Hentakkan tanpa bunyi dengan lutut bengkok paha paras dan hujung kaki bersetentangan dengan lutut. Kelajuan hentakan ialah 65 hentakan seminit.

                  Perkara           : Berhenti Dari Hentak Kaki Dalam Masa Perlahan
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Skuad...Henti!
Perbuatan      : Hukuman diberi ketika kaki kanan naik penuh. Hentakkan kaki kanan di sebelah tumit kaki kiri sampai kedudukan sedia. Lain-lain anggota diam.

                  Perkara           : Hentak Kaki Dari Perlahan Jalan
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Hentak...Kaki!
Perbuatan      : Hukuman diberi ketika kaki kanan melalui kaki kiri. Penuhkan langkah kaki kanan dan mula menghentak kaki dalam masa perlahan bermula dengan kaki kiri.

Perkara           : Perlahan Jalan Dari Hentak Kaki
Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
Hukuman        : Maju!
Perbuatan      : Hukuman diberi ketika kaki kanan naik penuh. Hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri dan mula berjalan dalam masa perlahan dengan kaki kiri.

Perkara           : Hentak Kaki Dalam Masa Cepat
Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
Hukuman        : Hentak Kaki...Cepat!
Perbuatan      : Sentiasa bermula dengan kaki kiri silih berganti dengan kaki kanan. Hentakkan dengan lutut bengkok paha paras dan hujung kaki bersetentangan dengan lutut. Kelajuan hentakan ialah 121 hentakan seminit.

                 

                  Perkara           : Berhenti Dari Hentak Kaki Dalam Masa Cepat
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Skuad...Henti!
Perbuatan      : Hukuman diberikan di atas kaki kanan. Hentakkan kaki kiri dan kanan berturut-turut dan kembali seperti dalam kedudukan sedia. Lain-lain anggota diam.
     
                  Perkara           : Hentak Kaki Dari Cepat Jalan
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Hentak...Kaki!
Perbuatan      : Hukuman diberi ketika tumit kaki kanan mencecah ke bumi. Langkahkan kaki kiri sejauh 30 inci ke hadapan, dengan pantas bawa kaki kanan rapat ke sebelah kaki kiri dan mula menghentak kaki dalam masa perlahan bermula dengan kaki kiri.
                  Perkara           : Cepat Jalan Dari Hentak Kaki
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Maju!
Perbuatan      : Hukuman diberi ketika kaki kanan naik penuh. Hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri dan mula berjalan dalam masa cepat dengan kaki kiri.

                  Pelajaran        : 21
                  Perkara           : Tukar Langkah Dalam Masa Cepat & Perlahan
                  Pergerakan     : 3 Pergerakan
                  Hukuman 1     : Tukar Langkah Semasa Berjalan, Tukar Langkah
                  Perbuatan      : Skuad 1
Hukuman "Tukar" diberi di atas kaki kiri dan "Langkah" di atas kaki kanan berturut-turut. Hentakkan kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dalam masa yang sama bawa kedua-dua tangan rapat ke sisi badan.

                  Skuad 2
Hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri dan tolakkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci

                  Skuad 3
                  Penuhkan langkah kaki kiri dan teruskan berjalan

                  Kesalahan
·         Apabila berjalan,
·         Menghayun bahu
·         Tidak mengangkat paha paras dan membengkok lutut
·         Tidak membuat satu langkah penuh lagi pergerakan
·         Apabila menghentak kaki
·         Badan membongkok
·         Menambah kadar berjalan
·         Tangan tidak rapat ke sisi

                  Pelajaran        : 22
                  Perkara           : Berlari
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Dengan Langkah Berlari, Dari Kiri/Kanan Cepat Lari!
Perbuatan      : Melangkah dengan kaki kiri dan berlari di atas hujung tapak kaki dengan langkah yang mudah, bongkokkan badan ke hadapan sedikit tetapi memelihara pembawaan badan yang betul. Kaki hendaklah diangkat dengan kemas dari bumi pada setiap langkah dan paha, lutut serta sendi-sendi buku lali hendaklah bergerak dengan bebas. Badan hendaklah bergerak ke hadapan tanpa membuang masa. Tumit tidaklah diangkat ke arah bumbung tetapi kaki diangkat lurus ke hadapan. Bahagian hujung tapak kaki di letakkan dengan ringan di atas bumi. Tangan-tangan hendaklah dibengkokkan supaya lengan di bawah lutut membuat sudut 135 darjah dengan pangkal lengan.



                  Kesalahan
·         Menghayun bahu
·         Melangkah terlalu panjang pada bahagian hadapan skuad, oleh itu mengakibatkan skuad di belakang berciciran.
·         Berlari di atas tumit dan kehilangan lurus, jarak dan selang.
·         Mencepat kadar berlari dan kehilangan sepenuhnya cara berlari sebagai tentera.
·         Memandang ke bawah

                  Perkara           : Berhenti Dari Berlari
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Skuad...Henti!
Perbuatan      : Hukuman diberikan ketika kaki kanan mencecah ke bumi, penuhkan langkah berlari 2 langkah lagi dan hentakkan kaki kiri dan kanan berturut-turut, di mana pada masa hentakan terakhir, kedua-dua tangan diayunkan ke sisi seperti kedudukan sedia.

                  Perkara           : Hentak Kaki Dari Berlari.     
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Hentak...Kaki!
Perbuatan      : Sama seperti hentak kaki masa cepat kecuali bahagian hujung tapak kaki hanya diletakkan di atas bumi dan lengan di tepi dalam keadaan membengkok. Kadar berlari cepat dipelihara.

Perkara           : Berhenti Dari Hentak Kaki Berlari.
Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan.
Hukuman        : Skuad...Henti!
Perbuatan      : Hukuman di berikan ketika kaki kanan jatuh ke bumi. Sama seperti hentak masa cepat, kedua-dua tangan diayunkan ke tepi badan pada masa hentakan terakhir.

                  Kesalahan
·         Melompat dengan kedua-dua kaki dari bumi sekaligus.
·         Kehilangan ketetapan dalam cara berhenti.

                  Pelajaran        : 23
                  Perkara           : Tukar Langkah Cepat Dari Perlahan Jalan.
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Tukar Langkah Cepat, Cepat Jalan!
Perbuatan      : Hukuman "cepat" di beri di atas kaki kiri dan jalan di atas kaki kanan. Langkahkan kaki kiri ke hadapan 30 inci, tumit pacak dan tangan berlenggang. Teruskan.



                  Kesalahan
·         Membuat langkah yang pertama terlalu gopoh oleh itu gagal untuk mendapatkan rentak yang betul pada masa permulaan.
·         Tidak pacak tumit kaki kiri di atas bumi pada langkah yang pertama.
·         Gagal melenggang tangan kiri ke belakang.

                  Perkara           : Tukar Langkah Perlahan Dari Cepat Jalan.
                  Pergerakan     : 3 pertunjukan
                  Perbuatan      : Skuad Satu
Hukuman diberi ketika kaki kanan mencecah ke bumi. Penuhkan langkah kaki kiri . ke hadapan 30 inci dan henti dengan keadaan tapak kaki rata di atas bumi.

                  Skuad Dua
Bawa kaki kanan ke hadapan, lutut bengkok paha paras dan hentakkan kaki di sebelah kaki kiri. Dalam masa yang sama bawa kedua-dua tangan ke sisi badan. Dengan pantas tolak kaki kiri 15 inci dengan keadaan kaki tergantung.
Penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan teruskan berjalan dalam masa perlahan.

                  Perkara : Tukar Langkah Berlari Dari Cepat Jalan.
Pergerakan : Pertunjukan & Penerangan.
Hukuman : Tukar Langkah Berlari, Cepat Lari!
Perbuatan : Hukuman "cepat" diberi di atas kaki kiri dan "lari" di atas kaki kanan. Langkahkan kaki kiri ke hadapan 40 inci dan bengkok tangan serta terus berlari 140 langkah per minit.

                  Kesalahan
·         Pengunduran kawalan dan rentak dengan serta merta.
·         Membiarkan kepala tunduk ke hadapan.
     
                 
                  Perkara : Tukar Langkah Cepat Dari Berlari.
Pergerakan : Pertunjukan & Penerangan Hukuman : Tukar Langkah Berjalan, Cepat Jalan!
Perbuatan : Hukuman diberi berturut-turut iaitu cepat di atas kaki kiri dan berjalan di atas kaki kanan, penuhkan langkah berlari 2 langkah lagi dan bermula berjalan dengan langkah kaki kiri.
                 
                  Kesalahan
·         Tidak berjalan dengan betul dengan serta merta.



                  Pelajaran : 24
                  Perkara : Berjalan Barisan Melintang Semasa Perlahan Jalan
                  Pergerakan : Penerangan Sahaja
Hukuman : Skuad Akan Menghadap Ke Belakang/Hadapan Dari Kiri/Kanan Perlahan Jalan!
                  Perbuatan : Berjalan seperti biasa dalam masa perlahan

                  Kesalahan
·         Tidak memelihara jarak dan lurus barisan dengan betul.
·         Berlari atau membetul dengan mengejut bagi mendapatkan balik lurus
·         barisan yang sepatutnya dibuat dengan beransur-ansur.
·         Berjalan dan berhenti dengan panjang langkah yang tidak sama dan tidak
·         betul.
·         Melangkah satu langkah lebih dari 30 inci.





                  Pelajaran        : 25
                        Perkara           : Buka & Tutup Barisan Semasa Perlahan Jalan
Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
Hukuman 1     : Buka Barisan!
Perbuatan 1   : Barisan hadapan - terus berjalan Barisan tengah - hentak kaki 2 kali Barisan belakang - hentak kaki 4 kali

                  Hukuman 2     : Tutup Barisan!
                  Perbuatan 2   : Barisan hadapan - hentak kaki 4 kali
                  Barisan tengah - hentak kaki 2 kali
                  Barisan belakang - terus berjalan

                  Hukuman di beri ketika kaki kanan melalui kaki kiri

                  Pelajaran        : 26
                  Perkara           : Tukar Haluan Ketika Berhenti
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman 1     : Tukar Haluan Ke Kanan / Kiri dan Henti
Perbuatan      : Barisan hadapan, ahli di sebelah kanan sekali berpusing ke kanan kiri. Yang lain berpusing ke separuh kanan / kiri. Barisan tengah di belakang diam.

                  Hukuman 2     : Cepat Jalan!
Perbuatan 2   : Ahli di sebelah kanan/kiri barisan hadapan berjalan 3 langkah dan henti. Ahli dalam barisan di belakangnya itu ikut sama dan henti di belakangnya menghadap haluan baru pada jarak satu langkah si antara satu sama lain, barisan-barisan selepas itu berjalan ke hadapan, membelok menghadap haluan baru dan berhenti dalam barisan dan meluruskan barisan dari kanan.

                  Perkara           : Tukar Haluan Semasa Berjalan
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Tukar Haluan Ke Kanan dan Henti, Ke Kanan..Tukar!
Perbuatan : Ahli di sebelah kanan barisan hadapan berpusing dengan cergasnya 90 darjah ke kanan dan berjalan ke hadapan 3 langkah mengikut haluan baru. Yang lain membelok mengikutnya. Hukuman diberi seperti berpusing semasa berjalan.

                  Kesalahan
·         Tidak memelihara jarak yang betul.
·         Menambahkan kadar berjalan pada rusuk luar atau apabila menghentak kaki.
·         Tidak berhenti atau hentak kaki pada kaki yang betul.
·         Menghentak kaki masa berpusing.

                  Pelajaran        : 27
                  Perkara           : Membelok Dalam Barisan Masa Perlahan Jalan
                  Pergerakan     : Pertunjukan Sahaja Hukuman : Kiri / Kanan Belok!
                  Perbuatan      : Sama seperti pelajaran 17

                  Kesalahan
·         Membenarkan bengkok berlaku di bahagian tengah barisan Terkeluar dari tempat membelok
                  
                  Pelajaran        : 28
                  Perkara           : Tukar Haluan ke Kiri Dalam Masa Cepat
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
                  Hukuman        : Tukar Haluan Ke Kiri Dan Henti, Ke Kiri...Tukar!
Perbuatan      : Hukuman diberi seperti berpusing semasa berjalan. Tiada perbezaan asas dalam pergerakan di dalam pelajaran 26.
                 
                 
                  * Bagi pelajaran 26 & 28
                  Tanpa "Dan Henti', skuad hendaklah hentak kaki.

                  Pelajaran        : 29
                  Perkara           : Jadikan Skuad Daripada Berhenti & Perlahan Jalan
                  Pergerakan     : Pertunjukan & Penerangan
Perbuatan      : Seluruh skuad berpusing ke separuh kiri kecuali ahli di sebelah kiri sekali di barisan hadapan tinggal diam.

                  Hukuman 2     : Perlahan...Jalan!
Perbuatan      : Ahli yang menjadi penanda berjalan 3 langkah ke hadapan dan henti. Ahli- ahli dalam skuad berjalan berpusing ke tempat mereka yang betul dalam barisan melintang dan berhenti.


                  Pelajaran        : 30
                  Perkara           : Jadikan Skuad Semasa Perlahan Jalan
                  Pergerakan     : Penerangan Sahaja
Perbuatan      : Hukuman diberi ketika kaki kiri melalui kaki kanan. Ahli yang menjadi penanda di sebelah kiri di barisan hadapan hentak kaki kanan dan berjalan tanpa berpusing. Yang lain di dalam skuad hentak kaki kanan, berpusing separuh kiri dan terus berjalan.

                  Pelajaran        : 31
                  Perkara           : Jadikan Skuad Semasa Cepat Jalan
                  Pergerakan     : Penerangan Sahaja
                  Hukuman        : Dan Henti, Di Sebelah Kiri, Jadikan..Skuad!
                  Perbuatan      : Seperti Pelajaran 30

                  Kesalahan
·         Orang yang menjadi penanda tidak membuat pergerakan kaki menukar langkah dan bukan pergerakan "Berpusing".
·         Menambah kadar berjalan dan panjangnya langkah orang di bahagian belakang dengan bertiga-tiga.
·         Tidak berhenti atas menghentak pada kaki betul
     
                  *Bagi pelajaran 29-31
                  Jika 'Dan Tanpa Henti', skuad hendaklah hentak kaki.
                  Untuk 'Di Sebelah Kanan', pergerakannya berlawanan dengan 'Di Sebelah Kiri'

                  Pelajaran        : 32
                  Perkara           : Jadikan 2 Barisan Dari 3 Barisan
                        Pergerakan     : 3 Pergerakan
                  Hukuman 1     : Nombor!
                  Perbuatan      : Mengira nombor dari kanan ke kiri

                 
                  Hukuman 2     : Jadikan...2...Barisan! Perbuatan : Skuad Satu
                  Barisan tengah tolak kaki 24 inci dari kaki kanan

                  Skuad 2
Nombor ganjil barisan tengah tolak kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi. Nombor genap tolak kaki kanan ke belakang sejauh 30 inci dengan keadaan kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi.

                  Skuad 3
Angkat kaki kiri ke hadapan, lutut bengkok, paha paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.



                  Kesalahan
·         Barisan tengah tiada mengetahui nombor mereka yang betul (lupa)
·         Jarak yang tidak betul dalam barisan dengan itu tiada memberi tempat kepada anggota barisan tengah untuk bergerak masuk. Ini boleh diatasi dengan memberi hukuman ke kanan lurus sebelum menjadikan 2 barisan.
·         Tiada melangkah kaki kiri dengan cukup jauh ke kiri di dalam barisan pergerakan yang kedua, oleh itu tiada dapat membuat lurusan baris yang betul!

                  Pelajaran        : 33
                  Perkara           : Jadikan 3 Barisan Dari 2 Barisan
                  Pergerakan     : 3 Pergerakan
                  Hukuman        : Jadikan...3...Barisan!
                  Perbuatan      : Skuad Satu
Nombor ganjil tolak kaki ke belakang manakala nombor genap tolak kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci. Tumit kaki terangkat sedikit manakala tapak kaki kanan rata di atas bumi.

                  Skuad Dua
Tolak kaki kanan sejauh 24 inci dari kaki kiri. Kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi.

                  Skuad Tiga
Angkat kaki kiri ke hadapan, lutut bengkok, paha paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.

                  Pelajaran        : 34
                  Perkara           : Berjalan Dalam Satu Barisan          
                  Pergerakan     : Penerangan Sahaja
Hukuman        : Bergantung kepada kedudukan asal barisan. Sebagai contoh, jika barisan asal adalah 3 barisan, Jadikan Satu Barisan Panjang Daripada Tiga Barisan, Barisan Tengah Dan Belakang Hentak....Kaki!
Perbuatan      : Perbuatan ini digunakan apabila skuad itu hendak melalui satu tempat yang sempit. Mana-mana barisan boleh berjalan dahulu, dibuat dari berhenti.
                  Pelajaran        : 35
                  Perkara           : Memberi Hormat Masa Berhenti
                  Pergerakan     : 4 Pergerakan
                  Hukuman        : Hormat, Hormat Ke hadapan...Hormat!
                  Perbuatan      : Skuad Satu
Bawa tangan kanan ke hadapan, bengkokkan siku dan rapat ke badan, lengan sama paras, tapak tangan menghala ke dalam, jari-jari rapat dan lurus ke hadapan.

                  Skuad Dua
Bawa tangan kanan ke atas menghala ke bawah, jari-jari lurus dan rapat. Jari telunjuk kena pada kening di sebelah kanan. Tapak tangan lurus dengan sudut lengan, muka terus pandang depan.
Bawa siku kanan rapat ke badan, lengan condong ke hadapan sedikit dan jari-jari genggam kedudukan sama rata dengan bahu kanan.

                  Skuad Empat
                  Bawa tangan sampai kepada kedudukan sedia.

                  Kesalahan
·         Tapak tangan menghala ke hadapan
·         Jari-jari tidak rapat dan melengkung
·         Kepala tunduk ke bawah

5.36           Pelajaran        : 36
                  Perkara           : Hormat Ke Kiri/Kanan Semasa Berjalan
                  Pergerakan     : 5 Pergerakan
                  Perbuatan      : Skuad Satu
Hukuman diberi ketika kaki kiri jatuh ke bumi. Langkahkan kaki kanan ke hadapan dalam masa yang sama bawa kedua-dua tangan kepada kedudukan sedia. Langkahkan kaki kiri ke hadapan dan bawa tangan kanan kepada kedudukan hormat dengan pantas pusingkan kepala ke kiri/ke kanan.

                  Skuad Dua
Langkahkan kaki kanan ke hadapan tanpa mengubah apa-apa kedudukan anggota lain.

                  Skuad Tiga
Langkahkan kaki kiri ke hadapan tanpa mengubah apa-apa kedudukan anggota lain.

                  Skuad Empat
Langkahkan kaki kanan ke hadapan dan bawa tangan kepada kedudukan sedia serta pusingkan kepala dan muka ke hadapan.


Langkahkan kaki kiri ke hadapan dan lenggangkan tangan serta berjalan seperti biasa.

                  Perkara           : Hormat Ke Hadapan Semasa Berjalan
                  Pergerakan     : Pertunjukan dan Penerangan
                  Hukuman        : Hormat, Hormat Ke Hadapan...Hormat!
Perbuatan      : Hukuman diberi sama seperti ' Berhenti ' dari cepat jalan. Seluruh skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan sebanyak dua kali, berpusing ke belakang dan teruskan berjalan dalam masa cepat.



                  Perkara : Memberi Hormat Dengan Tongkat
                  Pergerakan : Pertunjukan dan Penerangan
                  Hukuman : Hormat, Hormat Ke Hadapan...Hormat!
Perbuatan :Bawa tongkat dengan tangan kanan daripada keadaan sedia dan letakkannya mendatar di bawah ketiak kiri, pangkalnya ke hadapan. Biarkan tangan kiri di tepi dan potong tangan kanan dengan pantas seperti kedudukan sebelum memberi hormat. Apabila sahaja selesai memberi hormat, bawa tongkat dengan tangan kanan melintasi badan dan kembalikan kepada kedudukan asal.